Kompaun RM10,000 Jika Langgar SOP

Orang awam berdepan tindakan kompaun RM10,000 jika didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan serta kawalan pandemik Covid-19.

Kadar kompaun baharu itu akan berkuatkuasa bermula 11 Mac ini mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan hari ini.

Kompaun RM10,000 itu menggantikan kadar kompaun RM1,000 yang dikenakan sebelum ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, syarikat atau pertubuhan akan dikenakan kompaun sehingga RM50,000 jika melakukan kesalahan sama.

Pada masa sama, individu yang didapati melanggar Ordinan Darurat juga boleh ditahan manakala mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 atau dikesan sebagai kontak rapat akan dipakaikan peranti pengesanan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply