KTM 1290 Super Adventure R Diperkenalkan – 160HP, 138Nm!

Advertisements

Sebulan selepas pengeluar motosikal Austria itu memperkenalkan 1290 Super Adventure S, KTM kini merasmikan versi yang lebih memfokuskan ‘off-road’ menerusi 1290 Super Adventure R.

Menurut KTM, model enduro ini mendapat pelbagai kemas kini terbaru bagi menjadikan motosikal ini lebih mudah ditunggang atas permukaan off-road di samping mencapai standard Euro 5.

Bagi tahun 2021, pembinaan Super Adventure R memfokuskan kemampuan menunggang atas permukaan yang pelbagai dengan lebih mudah.

Bahagian chasis telah direka semula dengan mengagih semula berat termasuk memendekkan ‘steering head’ sebanyak 15mm, memusingkan enjin kedepan sebanyak dua darjah serta memanjangkan swingarm dalam usaha meningkatkan kawalan dan kestabalilan.

Keseimbangan motosikal dipertingkat dengan penggunaan tangki 23L serta bahagian subframe yang juga telah direka semula.

Manakala sistem suspension dikendalikan oleh fork depan WP XPLOR 48mm serta penyerap hentakan tunggan WP PDS boleh laras di belakang.

KTM 1290 Super Adventure R ini dikuasakan dengan enjin LC8 V-Twin (kini Euro 5) yang menjana 160hp pada 9,000rpm dan 138Nm pada 6,500rpm dengan berat 1.6kg lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Dalam usaha meningkatkan aliran udara yang lebih efisien, model baharu ini tampil degnan dua radiator berbanding satu unit pada model sebelumnya.

KTM 1290 Super Adventure R 2021 ini ditawarkan pada harga EUR19,850 (RM97,561).