Yamaha Bakal Bangunkan MT-07 Versi Fairing Penuh?

Yamaha telah pun menghentikan pengeluaran YZF-R6 ekoran peraturan ketat membabitkan piawaian Euro 5 di Eropah.

Namun, model itu akan terus dibina untuk kegiatan litar lumba sahaja sebagai model bukan homologasi.

Walaupun tindakan itu menerima kritikan namun melihat kepada keadaan semasa, segmen motosikal sportsbike 600cc semakin kurang mendapat perhatian.

Bagaimanapun, Yamaha didakwa bakal mengikut langkah Aprilia, Honda serta Kawasaki dalam memperkenalkan motosikal jenis supersport dengan fairing penuh berlandaskan model sedia ada, MT-07.

Enjin CP2 pada MT-07 ketika ini menawarkan 74hp dan 68Nm dan agak jauh jika dibandingkan dengan Aprilia RS660 serta Honda CBR650R yang menjana 90hp ke atas.

Melainkan, Yamaha menala semula enjin 689cc DOCH parallel-twin bagi menyesuaikan dengan sebuah motosikal supersports.

Senario itu mampu dilakukan kerana terdapat sebuah pasukan yang bertanding di Amerika Syarikat berjaya meningkatkan kuasa enjin kepada 79hp sekaligus beri bayangan syarikat berpangkalan di Iwata, Jepun itu mampu meningkatkan prestasi enjin termasuk tork.

Sebelum ini, media Jepun, Young-Machine turut pernah melaporkan bahawa model R7 bakal dibangunkan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]