Selepas Pelancaran Global Pada 2018, Benelli 752S Akhirnya Di Malaysia – RM37,888!

Advertisements

Selepas lebih tiga tahun penantina, akhirnya Benelli Malaysia melancarkan 752S untuk pasaran tempatan.

Benelli 752S merupakan motosikal jenis naked sport yang dilengkapi dengan enjin (berstatus Euro 4) 754cc yang menawarkan 76hp pada 8,500rpm dan 67Nm pada 6,500rpm.

Menariknya, 752S ini didatangkan dengan brek kaliper empat piston (depan) Brembo secara standard yang dipadankan dengan cakera brek (jenis floating) 320mm depan dan 260mm belakang serta penggunaan sistem ABS.

Menurut Benelli Malaysia, motosikal ini menawarkan tangki berkapasiti 14.5 liter termasuk penggunaan skrin TFT menggantikan paparan jenis LCD.

Sementara itu, sistem ‘suspension’ pula dikendalikan fork depan (upside down) Marzocchi serta mono-shock boleh laras.

Setiap pembelian Benelli 752S pada harga RM37,888 didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang sampa dulu).