Penunggang Motosikal Wanita Maut, Polis Tahan Pemandu Kereta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang pemandu susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal wanita yang berlaku pada 27 Januari lalu di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Rata-rata kenalan dan ahli keluarga kepada mangsa, Christine Wong, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian termasuk rakaman ‘dashcam’ untuk tampil kedepan.

Ini kerana timbul dakwaan bahawa Christine menjadi mangsa kes langgar lari dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman mendedahkan bahawa pemandu kepada kereta jenis Toyota Hilux itu telah tampil memberi keterangan dua hari kemudian sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Laporan awal menyatakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R15 terbabas dan melanggar pembahagi jalan susulan permukaan jalan basah namun terdapat beberapa saksi kejadian menyatakan sebaliknya. – The Star

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply