KTM 1290 Super Adventure S 2021 Diperkenalkan – 160HP, 138Nm!

KTM dengan rasminya melancakan 1290 Super Adventure S 2021 yang menawarkan kerangka baharu serta kedudukan tangki berbeza di samping enjin 1301cc itu kini Euro 5.

Kerangka baharu ini telah direka bagi memperbaiki pembahagian berat (weight distribution) sekaligus meningkatkan kawalan.

KTM turut mengalihkan steering head 0.6 inci ke belakang berbanding Super Adventure 2020.

KTM mendakwa perubahan ini membantu dalam meningkatkan kemampuan mengambil selekoh yang lebih tajam yang turut dibantu oleh swingarm yang lebih panjang.

Meskipun kapasiti tangki kekal pada 23L namun rekaan tempat duduk yang lebih ke bawah telah merendahkan lagi tahap pusat graviti 1290 Super Adventure S ini.

Tangki tersebut juga lengkap dengan ruang kecil yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar menerusi soket pengecas USB.

Subframe baharu juga merendahkan tempat duduk penumpang setengah inci kepada 33.4 inci berbanding model 2020 namun boleh dinaikkan kepada 34.2 inci.

Menurut KTM, handlebar juga boleh diselaraskan sementara penghadang angin baharu menawarkan perlindungan dan aerodinamik terbaik.

Bagi menyaingi motosikal ADV lain antaranya BMW R 1250 GS dan Ducati Multistrada V4, Super Adventure S juga lengkap dengan sistem radar yang telah diserap di antara lampu LED hadapan.

Radar tersebut berfungsi dengan menawarkan adaptive cruise control selain dari traction control (lean-sensitive dan off-road), cornering dan off-road ABS, dan stability control.

Kesemua fungsi ini boleh diakses menerusi paparan TFT 7″ menggantikan skrin 6.5″ sebelum ini pada model 2020.

Bagaimanapun, 1290 Super Adventure S ini kekal dengan enjin V-Twin 1,301cc yang menawarkan 160hp pada 9,000rpm dan 138Nm pada 6,500rpm namun KTM mendakwa unit ini 1.5 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Jentera ini juga tampil dengan ‘suspension’ WP Apex separa-aktif terkini yang dikawal menerusi IMD 6D.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply