Suzuki Kongsi Teaser Baharu, Sahkan Kembalinya Hayabusa 2021!

Hayabusa kembali untuk tahun 2021.

Ini betu-betul bukan ‘cobaan’, Suzuki Motorycle telah memuat naik ‘teaser’ pendek yang memaparkan motosikal ikonik, Hayabusa kembali.

Meskipun sekadar sekilas lalu, video tersebut jelas membuktikan Hayabusa yang telah dikemas kini bagi tahun 2021.

Selain daripada menyiarkan rupa bentuk dari jauh serta bunyi jentera tersebut, di awal video turut memaparkan penggunaan empat panel meter jenis analog namun turut digabungkan dengan skrin TFT yang terletak di bahagian tengah.

Penggunaan skrin TFT sedikit sebanyak memberi bayangan Hayabusa 2021 ini didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik antaranya mod tunggangan (SDMS) serta fungsi quickshifter!

Slogan ‘Perfectly Poised’ oleh Suzuki juga merujuk kepada pengeluar motosikal Jepun itu telah melaksanakan naik taraf moden bagi motosikal tersebut.

Suzuki bakal melancarkan Hayabusa 2021 bersama beberapa model lain secara rasminya pada 5 Februari ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]