Ducati Hypermotard 950 RVE Kini Di Malaysia – RM80,900!

Advertisements

Ducati Hypemotard 950 RVE telah pun mendarat di Ducati Malaysia dan ditawarkan pada harga RM80,900.

Hypermotard 950 RVE ini merupakan tawaran terbaru Ducati yang duduk di antara Hypermotard 950 dan Hypermotard 950 SP.

Ciri utama 950 RVE ini adalah penggunan livery yang diinspirasikan daripada elemen ‘Graffiti’ di samping dibina berdasarkan jentera konsep Hypermotard 950 yang dipamerkan di Concorso d’Eleganza Villa d’Este.

Model ini juga lengkap dengan ciri Ducati QS (quickshifter) secara standard yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian SP.

Bagaimanapun, tidak seperti SP, RVE tidak dilengkapi dengan rim aluminium Marchesini dan penyerap tekanan Ohlins namun rekaan grafik itu sudah cukup membuatkan model ini menonjol.

Ducati Hypermotard 950 RVE masih lagi didatangkan dengan enjin 937cc V-Twin Testatretta 11° yang menawarkan 114hp dan 96Nm tork di samping ciri menarik lain antaranya Bosch Cornering ABS EVO, Ducatio Traction Control (DTV) EVO dan Ducati Wheelie COntrol (DWC) EVO.

Orang ramai yang berminat boleh singgah ke Ducati Malaysia Petaling Jaya bagi menyaksikan dengan lebih dekat tawaran terbaru ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.