Acara Berbasikal Akan Kerap Diadakan Di Sepang – Azhan

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif, mendedahkan acara berbasikal akan diadakan lebih kerap di litar tersebut.

Azhan turut menjelaskan bahawa Litar Sepang bukan eksklusif kepada sukan permotoran sahaja malah terbuka untuk semua pihak yang berminat untuk mengadakan program di litar tersebut.

Ini kerana fokus baharu SIC adalah membuka peluang kepada orang awam untuk merasai sendiri pengalaman berada di atas litar dengan akses yang lebih mudah menerusi acara berbasikal, larian dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, Azhan turut menjemput badan korporat dan individu untuk menganjurkan apa sahaja majlis dan acara di SIC.

Pembukaan SIC kepada orang awam dilihat sebagai cara alternatif bagi membolehkan sebarang dana dibangunkan disamping mencapai objektif untuk ‘merakyatkan Litar Antarabangsa Sepang’ susulan pandemik Covid-19 menyaksikan GP Malaysia musim lalu dibatalkan termasuk ujian pra-musim MotoGP yang sepatutnya diadakan Februari ini.

Bagaimanapun, Azhan menjelaskan jika sebarang permotoran antarabangsa diadakan, SIC bakal mengambil pendekatan sistem ‘bubble’ bagi mengekang penularan Covid-19.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply