Moto Guzzi V85 TT Dikemas Kini Bagi 2021

Motosikal adventure Moto Guzzi, V85 TT mendapat beberapa kemas kini termasuk pilihan warna baharu bagi tahun 2021.

Menurut Moto Guzzi, kemas kini tersebut dilaksanakan selepas mengambil kira maklum balas daripada pemilik motosikal itu sebelum ini.

Enjin 853cc V-Twin (90 darjah) kini menghasilkan lebih tork pada RPM rendah hasil daripada meningkatkan timing cam pushroad dan rocker manakala rim spoke (tubeless) terbaru ini adalah 1.5 kilogram lebih ringan.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • ABS
  • Ride-by-wire
  • Cruise control
  • Paparan TFT

Sistem elektronik juga dipertingkat dengan dua mod tunggangan diperkenalkan, Sport dan Custom sertai mod sedia ada, Strada, Pioggia dan Off-Road.

Selain itu, Moto Guzzi turut perkenalkan pilihan grafik Nero Etna, Giallo Mojave dan Ross Uluru.

Sementara itu, varian tertinggi, V85 TT Travel, kini dilengkapi dengan penghadang angin Touring, pannier, lampu LED, heated grip serta platform Multimedia Moto Guzzi MIA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.