Bina 11 Bonggol Jalan Raya Dengan Duit i-Sinar, Lelaki Ini Mohon Maaf

Advertisements

Seorang lelaki berusia 40 tahun telah memohon maaf atas tindakannya membina 11 bonggol di jalan tepi rumahnya yang terletak di Kampung Padang Luas, Jertih.

Nor Muhammad Roslam Harun telah membelanjakan RM1,080 daripada wang i-Sinar RM5,000 yang diperolehinya untuk membuat bonggol tersebut.

Bagaimanapun, pembinaan 11 bonggol dalam jarak kurang 40 meter itu telah menyusahkan penduduk setempat sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa.

“Semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semula bonggol termasuk dua bonggol asal,” jelasnya.

Difahamkan, Roslam membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang dipandu laju di kawasan tersebut.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.