Ujian Pra-Musim MotoGP Batal, Aktiviti Lain Ditunda Sepanjang PKP – SIC

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan pembatalan ujian pra-musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadualkan berlangsung Februari ini.

FIM, Dorna Sports dan IRTA telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembatalan ujian pra-musim di Sepang yang sepatutnya berjalan pada 12 hingga 21 Februari ini.

Pembatalan tersebut seperti yang dijelaskan SIC adalah susulan peningkatan kes Covid-19 di samping Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, turut meluahkan rasa dukacita terhadap pembatalan tersebut.

“Kami kecewa dengan pembatalan ini dan pastinya lebih kecewa adalah peminat MotoGP di Malaysia dan seluruh negara.

“Bagaimanapun, susulan peningktan kes Covid-19, kesihatan dan kesejahteraan mereka yang terlibat harus diutamakan terlebih dahulu,” jelasnya.

Pada masa sama, segala aktiviti dan acara yang telah dijadualkan untuk berlangsung di SIC sepanjang tempoh PKP turut ditunda sehingga diberitahu sekaligus menjejaskan persiapan Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) yang sepatutnya dilangsungkan 20 hingga 22 Januari ini

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply