Bagi Tahu Kami Jika Ada Jalan Berlubang – DBKL

Advertisements

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan orang ramai untuk menghubungi pihaknya sekiranya mengesan sebarang kerosakan jalan raya.

DBKL menerusi perkongsian di Facebook memuat naik kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin lewat malam, 6 Januari lalu.

Bagi tahu kami… Kerja-kerja tampalan jalan oleh Unit Rondaan DBKL berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin pada…

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Wednesday, 6 January 2021

Menerusi perkongsian itu, orang awam diminta menghubungi talian WhatsApp di +601162396652 atau Pusat Panggilan Setempat DBKL di 1-800-88-3255 sekiranya mengesan jalan berlubang.

Isu jalan berlubang semakin runcing di Malaysia dengan setiap tahun terdapat kes kemalangan maut berpunca dari jalan berlubang, terbaru membabitkan warga emas berusia 75 tahun serta seorang penghantar makanan GrabFood.

Sementara itu, Brotherhood Malaysia, merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang giat memerangi isu jalan berlubang dengan membuat tampalan jalan secara sukarela dalam usaha mengurangkan kemalangan jiwa berpunca daripada masalah tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.