Aktiviti Rentas Negeri Cetus 14 Kluster Baharu Covid-19

Dalam perkembangan terkini, Malaysia telah merekodkan 14 kluster Covid-19 baharu susulan daripada akviti rentas negeri sejak 7 Disember.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mendedahkan kluster Intan, Semambu dan Tembok Mempaga di Pahang, kluster Seragam Chepa di Kelantan dan kluster Ihsan Ebol di Perak berpunca daripada aktiviti rentas negeri yang berlaku dalam tempoh beberapa minggu ini.

Sementara kluster Gerbang Pongu (Perak), Lintas Seraya, Maringkan, Paginatan dan Kupi-Kupi (Sabah), Sungai Redan (Johor), Cassia Diamod (Selangor/Pulau Pinang), Sungai Burong (Selangor/Negeri Sembilan) dan Bandar Impian (Johor/Kelantan/Perak) dicetuskan dari aktiviti sosial.

“Ini adalah satu kebimbangan, walaupun kami melonggarkan sekatan namun penting untuk orang awam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” jelas Noor Hisham. – FMT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply