Motosikal Kerjasama Bajaj-Triumph Ditunda Hingga 2023

Motosikal sulung hasil kerjasama Bajaj-Triumph pada awalnya dijadual untuk dilancarkan pada 2021.

Bagaimanapun, situasi Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa perancangan Bajaj-Triumph ditunda sehingga 2023.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Urusan Bajaj Auto LTD, Rajiv Bajaj, kepada ETAuto yang memaklumkan pandemik Covid-19 telah memaksa penangguhan tersebut.

Namun, Bajaj mendedahkan model sulung itu akan diperkenalkan sekitar tahun 2022 atau 2023.

Setakat ini, Bajaj masih enggan mendedahkan produk yang dibangunkan bersama Triumph Motorcycles itu namun terdapat dakwaan membabitkan Daytona, Triumph Tiger atau Bonneville berenjin kecil.

Model baharu itu dijangka akan dipasarkan ke Asia Tenggara serta Amerika Latin dengan kilang Bajaj di Pune, India akan menjadi hub pengeluaran motosikal terbabit yang akan membawa lencana Triumph.

Bajaj dan Triumph mengumumkan jalinan kerjasama ini pada 2017 dan membabitkan penghasilan motosikal di antara 200 hingga 750cc. – ICN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]