Motosikal Diubah Suai Akan Dirampas – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan operasi khas yang memfokuskan terhadap penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya.

Perkara itu disahkan sendiri, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang turut mndedahkan operasi tersebut mensasarkan motosikal bawah 150cc hingga jentera berkuasa tinggi.

Bagaimanapun, sasaran utama adalah penunggang yang bertindak mengubah suai motosikal dan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

Dalam ucapannya, Abdul Hamid Bador mendedahkan operasi khas itu dilaksanakan setelah pihaknya menerima banyak laporan daripada orang ramai antaranya gangguan bunyi ekzos terlalu bising dan menggangu lalu lintas dengan berkonvoi dalam angka besar.

“Saya sudah mengarahkan JSPT untuk melancarkan operasi besar-besaran. Tiada kompromi lagi,” tegasnya.- BH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.