Akrapovic Lancar Ekzos Khas Untuk Multistrada V4 – Tingkat Kuasa Kepada 173HP!

Akrapovic dan Ducati telah menjalin kerjasama dalam menghasilkan dua produk eksklusif bagi Ducati Multistrada V4 yang bertujuan meningkatkan prestasi keseluruhan jentera.

Sistem ekzos baharu ini berfungsi dalam meningkatkan prestasi jentera dalam kesemua mod tunggangan yang ditawarkan jentera tersebut.

Mengambil kira faktor Multistrada V4 mampu menangani apa jua keadaan, Akrapovic dan Ducati telah menghasilkan dua jenis ekzos; sistem ekzos berprestasi tinggi dan ezkos dengan piawaian EC/ECE.

Menurut Akrapovic, ekzos berprestasi tinggi itu dibina menggunakan bahan jenis ‘stainless steel’ dan disertakan dengan ‘muffler’ jenis titanium yang dipadankan dengan ‘end cap’ gentian karbon dan mampu meningkatkan kuasa kepada 174hp dan 133Nm berbanding 170hp dan 124Nm pada model standard.

Ekzos ini juga 5 kilogram lebih ringan berbanding ekzos standard.

Sementara ekzos dengan piawaian EC/ECE turut mengguna pakai bahan ringan di samping menghadirkan rekaan lebih agresif dan 0.7kg lebih ringan berbanding ekzos standard.

Buat masa ini, Ducati Multistrada V4 telah pun ditawarkan di pasaran Eropah namun dijangka hanya akan memasuki pasaran Malaysia sekitar hujung suku pertama 2021.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]