Perkenalkan Quantic, Helmet Sport Touring Baharu Dari Arai – Dengan ECE22.06

Awal tahun ini, Economic Comission for Europe (ECE) mengumumkan naik taraf standard pensijilan helmet dari ECE22.05 kepada 22.06 yang lebih ketat.

Antara ujian baharu yang dikenakan adalah mengenakan impak dan tekanan terhadap sudut baharu berbanding serta menjalankan ujian terhadap ciri spesifik antaranya sun visor dan pad boleh tinggal di dalam helmet.

Pengeluar helmet telah pun dibenarkan mendapat pengesahan ECE22.06 bermula Jun lalu dan mempunyai masa sehingga 2023 untuk mematuhi standard baharu tersebut.

Bagaimanapun, Arai menjadi pengilang pertama yang mematuhi standard baharu tersebut menerusi Quantic yang merupakan helmet jenis sport touring.

Menurut Arai, Quantic merupakan helmet segmen pertengahan yang direka khas bagi menjaminkan keselesaan sewaktu tunggangan jarak jauh.

Bahagian tempurung luar (outer shell) mengguna pakai bahan jenis ‘Peripherally Belted e-Complex Laminate Construction’ atau PB e-cLc, bahan sama yang digunakan pada model Arai lain antaranya Concept-X.

Helmet ini menawarkan enam corong udara dengan dua daripadanya bersepadu dengan lencana Arai di bahagian depan.

Arai Quantic menawarkan visor VAS Max Vision dengan Pinlock tersedia dan menerapkan penggunaan sistem satu selak (latch) yang diinspirasikan daripada helmet Formula 1 bagi membenarkan pembukaan dibuat dengan satu jari sahaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.