Ducati Bukan Untuk Dijual – VW Group

Ketua Pegawai Eksekutif VW Group, Herbert Diess, mengesahkan bahawa syarikat konglomerat itu tidak merancang untuk menjual Ducati.

Pengesahan itu dibuat bagi menjawab dakwaan bahawa jenama motosikal Itali itu akan dijual bersama-sama Lamborghini.

Desas-desus penjualan Ducati telah berjalan selama beberapa bulan dengan pelbagai laporan diterbitkan susulan timbul dakwaan VW mahu meningkatkan nilai saham dengan menjual jenama itu.

Reuters turut melaporkan VW Group telah menjemput beberapa pihak yang berminat untuk membuat tawaran bagaimanapun, Diess menafikan sekerasnya laporan tersebut dalam kenyataan terkini.

Sebaliknya, dia memuji Ducati dan Lamborghini kerana mengendalikan perniagaan dengan baik meskipun dihadap dengan pandemik Covid-19.

Deiss mendedahkan kedua-dua jenama itu akan terus berada di bawah Audi dan bakal disertai Bentley.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah nasib Bugatti.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]