Honda CBR150R 2020 Dilancarkan Di Thailand – 17.1HP, 14.4Nm!

Advertisements

Honda telah melancarkan CBR150R 2020 di Thailand yang kini tampil dengan empat pilihan warna baharu.

Diinspirasikan daripada ‘abang besar’, CBR650R dan CBR1000RR-R, model 2020 ini masih lagi mengekalkan enjin 149cc, satu silinder dengan penyejukan cecair yang menjana 17.1hp dan 14.4Nm seperti model sebelumnya.

Bagaimanapun, kemas kini terbaru menyaksikan CBR150R datang dengan pilihan warna baharu seperti berikut:

  • hitam matte, grafik merah
  • merah dengan grafik hitam (rim merah)
  • hitam matte, grafik jingga (rim jingga)

Kemudian, model ini turut tampil dengan pilihan warna unik yang menggabungkan warna kelabu/hitam dan merah dengan rim depan merah dan belakang hitam.

Meskipun terdapat persaingan sengit di antara CBR150R dan Yamaha R15 di Thailand namun model Honda itu tidak dipasarkan di Malaysia ketika ini sekaligus menyaksikan R15 lebih popular disini.