1,949 Kemalangan Maut Motosikal Direkodkan Sepanjang Tempoh PKP

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan 1,949 kemalangan maut membabitkan motosikal telah direkodkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari Mac hingga November 2020.

Bimbang dengan angka terbabit, MIROS kini menggiatkan lagi usaha mencadangkan pembinaan laluan khas motosikal membabtikan sejumlah 101 jalan raya di Perak, Selangor dan Johor.

Menurut MIROS cadangan itu sedang dalam perangkaan bersama-sama Kementerian Pengangkutan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dalam usaha merendahkan angka kematian melibatkan penunggang motosikal.

Sebelum ini, pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh mendedahkan menambah laluan motosikal terbukti dalam menurunkan kemalangan maut lebih 95 peratus sepertimana yang terlaksana di sepanjang Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway).

Baginya, perkara ini dapat dicapai sekiranya laluan motosikal dibina dengan infrastruktur yang bagus termasuk penghadang yang lebih mesra motosikal berbanding penghadang yang diguna pakai ketika ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.