Moto2: Hafizh Catat 71 Lap Dalam Ujian Persendirian Bersama NTS

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, memulakan misi suai kenal dengan pasukan dan jentera baharu dalam sesi ujian persendirian di litar Jerez.

Hafiz bakal meneruskan persaingan di Moto2 bersama pasukan baharu, NTS RW Racing GP, musim depan bergandingan dengan pelumba berusia 16 tahun, Barry Baltus.

Hafizh melakukan 71 lap manakala Baltus melakar 98 lap walaupun litar Jerez berada dalam keadaan sejuk.

“Hari ini cukup baik, bukan mudah bagi saya untuk bertukar pasukan dan chasis. Banyak aspek yang saya biasakan terlebih dahulu.

“NTS adalah pasukan baru bagi saya namun walaupun cara kerja juga berlainan tetapi saya kenal ramai orang disini jadi saya tidak berasa kekok.

“Fokus hari ini adalah mencapai keserasian dengan jentera. Kami kini akan memasuki cuti musim sejuk jadi ini akan memberi peluang kepada saya untuk kembali cergas sepenuhnya dan memperbaiki keadaan fizikal supaya kami dapat memasuki musim baharu dalam keadaan baik,” jelasnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.