Ini Pemilik Tunggal Ducati Superleggera V4 2020 Di Malaysia

‘The Ultimate Machine’ dari Ducati, Superleggera V4 telah pun selamat diserahkan kepada seorang pelanggan disini.

Meskipun maklumat mengenai pembelian itu tidak didedahkan secara rasmi namun difahamkan, pembelian Ducati Superleggera V4 itu mencecah harga RM1 juta.

Penyerahan jentera itu kepada pelanggan, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin bertempat di Ducati Malaysia (Petaling Jaya) dapat disaksikan di laman sosial Instagram @sbkmalaysia_.

Menurut info, Superleggera V4 itu merupakan unit ke 210 dari 500 unit yang dihasilkan seluruh dunia.

Setiap pembelian Ducati Superleggera V4 turut membolehkan pelanggan mengalami ‘SBK Experience’ dengan menunggang Ducati Panigale V4 R (spec WorldSBK) di litar Mugello, Itali.

Bukan itu sahaja, daripada 500 pemilik Superleggera V4, 30 yang terpilih akan mendapat peluang alami ‘MotoGP Experience’ dengan menunggang jentera Ducati Desmosedici GP20 di litar bersama pelumba Ducati antaranya Jack Miller, Francesco Bagnaia, atau Johann Zarco.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply