Aprilia Flat Tracker Dalam Pembikinan Di China

Kerjasama Piaggio bersama pengeluar motosikal di China, Zongshen, menyaksikan paten terbarumemaparkan sebuah Aprilia flat tracker.

Difahamkan, paten terbaru itu telah pun difailkan pihak Zongshen-Piaggio Foshan pada Julai lalu di China National Intellectual Property Administration.

Paten tersebut dilabel sebagai Flat yang bernadikan enjin 150cc sekaligus beri bayangan ini adalah sebuah jentera berkonsepkan flat track 150cc.

Melihat kepada bahagian kerangka, model baharu ini mempunyai rekaan sama seperti yang terdapat pada Zongshen-Aprilia Cafe 150 namun dijangka bernadikan enjin yang sama terdapat pada Zongshen-Aprilia Terra 150.

Menariknya, motosikal ini juga didatangkan dengan panel yang menempatkan nombor jentera seperti sebuah flat track sejati namun, masih terdapat ruang kecil dibahagian bahawa yang dijangka menempatkan lampu jenis LED.

Zongshen-Aprilia flat track ini juga mengguna pakai tayar 19′ depan dan belakang dengan rim jenis spoke bagaimanapun penggunaan fender depan, plate holder, cermin sisi dan lampu masih lagi menampilkan ciri sebuah streetbke.

Sayangnya, model ini dijangka hanya ditawarkan untuk pasaran China sepertimana model lain di bawah payung Zongshen-Aprilia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]