Geng ‘Supermoto’ Buat Onar Di Jalan Raya Awam Dicekup

Sekumpulan penunggang motosikal telah ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan didapati menunggang motosikal secara merbahaya.

Difahamkan aksi mereka itu telah disiarkan di YouTube, baru-baru ini dan perkara itu telah sampai ke tangan PDRM yang berjaya mengesan kesemua individu dan menahan mereka di sekitar Kuala Lumpur.

Rakaman berdurasi 7 minit 22 saat itu memaparkan mereka melakukan aksi wheelie di Jalan Bunga Mawar 4, Taman Muda, Ampang dan melakukan aksi di jalan raya awam lain.

*klip di YouTube

Rata-rata pemilik motosikal ditahan menggunakan motosikal jenis supermoto termasuk sebuah Ducati Panigale V4.

8 LELAKI DITAHAN DI BAWAH SEKSYEN 42(1) APJ 1987 Rabu, 25 November 2020 – Unit Risikan / Operasi JSPT Bukit Aman telah…

Posted by Polis Daerah Ampang Jaya Page on Thursday, 26 November 2020

Penahanan kesemua individu terbabit dilakukan pasukan Unit Risikan / Operasi JSPT Bukit Aman dan kesemua suspek telah pun diserahkan kepada Pegawai Penyiasat BSPTD Ampang Jaya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 yang jika disabit boleh dikenakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Mereka juga berdepan hilang kelayakan pemegang lesen memandu tidak kurang dari dua tahun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.