Isu Cek RM50 Ribu Kasma Daniel, MAM Jelas Tak Wajib Maklum Pasukan

Kecoh isu cek RM52,000 yang telah disalurkan kepada pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin, semalam.

Difahamkan, pasukan Kasma, Onexox TKKR SAG Team tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai dana yang diserahkan kepada pelumba tersebut oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Senario itu lantas mencetuskan rasa tidak puas hati Onexox TKKR SAG Team kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, MAM dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya tidak wajib untuk memaklumkan pasukan Kasma susulan cek RM52,000 tersebut adalah berupa bantuan kewangaan dan bukannya penajaan.

Bantuan kewangan tersebut merupakan perbelanjaan bagi tiket penerbangan dan kos penginapan untuk Kasma di Moto2.

“Pihak KBS bersetuju untuk meluluskan dana bantuan kewangan kepada Kasma melalui MAM pada September lalu.

“MAM seterusnya menerima surat kelulusan daripada pihak KBS berhubung dana berkenaan atas nama Kasma dan MAM memberi tahu Kasma dan ayahnya berhubung kelulusan berkenaan.

“Berkenaan dengan video pihak MAM mendapatkan persetujuan dan kebenaran dari pihak KBS, Kasma dan ayahnya. Tanggung jawab pihak MAM hanya berkenaan dengan permohonan, kelulusan dan penyaluran bantuan dana terhad kepada penerima iaitu Kasma sahaja.

“Apa-apa urusan berkenaan dengan pasukan ialah antara pelumba dan pasukan itu sendiri,” jelas MAM.

Terdahulu, Onexox TKKR SAG Team dalam perkongsian di Facebook mempersoalkan tindakan MAM yang tidak memaklumkan pihaknya terlebih dahulu mengenai penyerahan dana kepada Kasma.

Onexox berasakan pihaknya yang telah membelanjakan jutaan ringgit untuk Kasma termasuk bayaran gaji, kos penerbangan dan penginapan selama ini di Moto2 wajar diberitahu mengenai perkara ini.

Menurut perkongsian itu lagi, pihak Onexox TKKR SAG Team hanya mengetahui mengenai dana tersebut menerusi video Kasma yang mengucapkan terima kasih kepada KBS dan MAM.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply