Tempahan Dibuka Bagi Toyota Vios ‘Facelift’ – Dari RM75 Ribu!

Advertisements

UMW Toyota memperkenalkan Vios 2021 ‘facelift’ yang kini telah dikemas kini dengan rekaan dan ciri baharu.

Tampil dengan rekaan bampar depan dengan rekaan gril diinspirasikan dari model Camry, versi ‘facelift’ ini juga menampilkan kit aero dengan dan lampu LED ‘triple bezel’ dan Daytime Running Light (DRL).

Lampu hadapan LED dengan DRL ini juga dilengkapi ciri ‘follow-me-home’ yang boleh didapati pada semua varian; J,E dan G.

Ciri keselamatan turut dipertingkat dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pre-collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • 3D Panoramic View Monitor
  • Blind Spot Monitor (BSMI) dengan RCTA
  • Front Digital Video Recorder (DVR)

Model ‘facelift’ ini juga didatangkan dengan 7 beg udara sekaligus menjaminkan tahap keselamatan yang lebih baik.

Tidak kurang juga, pemandu dan penumpang boleh menikmati sistem infotainmen menerusi paparan 7 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay terbina.

Toyota Vios ‘facelift’ ini juga ditawarkan dengan dua warna babaru, Orange Metallic dan Platinum White Pearl selain dari Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic sedia ada.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara dengan harga (jangkaan) berikut:

  • Toyota Vios 1.5J – RM 75,701.00
  • Toyota Vios 1.5E – RM 85,674.00
  • Toyota Vios 1.5G – RM 89,232.00