Unit Tindak Khas Terima 24 Unit BMW R 1250 GS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa kenderaan baharu bagi meningkatkan tahap efisien operasi baru-baru ini.

*BMW R 1250 GS

Perkara itu didedahkan menerusi info yang dikongsikan di Facebook Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia yang memaparkan Unit Tindak Khas menerima 24 unit motosikal jenis BMW R 1250 GS.

Bukan itu sahaja, unit pemantauan pemeriksaan dan penerimaan (Task Force) cawangan K9 dan Jabatan Siasatan Jenayah turut menerima 39 unit Toyota Hilux 2.8 Black Edition.

*Toyota Hilux 2.8 Black Edition

Kesemua kenderaan ini bakal membantu usaha PDRM dalam menjalankan tugas dengan lebih efisien dan tangkas di samping membantu dalam operasi harian.

Penyerahan kenderaan baharu ini telah dirasmkikan oleh YDH CP Datuk Seri Hj. Mazlan Bin Lazim, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman sambil diiringi YDH SAC Adnan Bin Ahmad, KPP Cawangan Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi di Depoh Simpanan Kenderaan. semalam.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]