Kymco Lancar Pencabar Honda X-ADV 26 November Ini!

Advertisements

Pengeluar skuter dari Taiwan, Kymco, bakal memulakan misi berani dengan mencabar Honda X-ADV dengan sebuah motosikal adventure!

*Honda X-ADV 2021

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah video ‘teaser’ yang dikongsikan Kymco di YouTube.

Menerusi video berdurasi hanya 23 saat itu, jelas memaparkan sebuah motosikal jenis skuter ADV sedang beraksi di atas permukaan off-road.

Video itu turut memaparkan tarikh pelancaran yang dijadualkan pada 26 November ini.

Bagaimanapun, pengenalan skuter ADV ini bukanlah satu kejutan tatkala Kymco pernah memperkenalkan jentera konsep CV2 pada 2017.

*Kymco CV2 Concept diperkenalkan pada 2017

Kymco CV2 merupakan skuter maxi ADV yang didatangkan dengan enjin parallel-twin 550cc yang menawarkan sekitar 55hp.

Namun, dijangkakan model yang baru ini akan menawarkan rekaan berbeza dengan pelbagai kemas kini terbaru di samping menampilkan elemen adventure yang menarik antaranya fork panjang, handguard, crash bar dan rim spoke dan tayar knobby!