Yamaha Dedah MT-09 SP 2021- Lengkap Dengan Cruise Control, Monoshock Ohlins dan Fork Kayaba!

Baru-baru ini Yamaha telah melancarkan MT-09 2021 yang dikemas kini dengan enjin serba baharu bagi mematuhi piawaian Euro5.

Bagaimanapun, pengeluar motosikal Jepun itu turut memperkenalkan versi SP yang dilengkapi pelbagai sistem dan teknologi tinggi.

Selain daripada menerapkan rekaan sama seperti yang terdapat pada MT-09 2021, antara penambahbaikan ketara adalah penggunaan sistem IMU seperti yang terdapat pada R1 M yang mengawal ABS, lean sensitive traction control, slide control dan wheelie control.

Model SP ini turut dilengkapi dengan fungsi quickshifter yang didatangkan secara standard seperti yang ditawarkan MT-09 2021.

Sementara itu, versi SP ini turut didatangkan dengan gabungan monoshock belakang (boleh laras) dari Ohlins dan fork depan Kayaba dengan kemasan DLC (diamond-like coating) dengan compression damping boleh laras bagi kelajuan tinggi dan rendah.

MT-09 SP ini juga dilengkapi dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard.

Selain itu, model SP ini juga mendapat pilihan warna yang diinspirasikan daripada YZF-R1M.

Menurut Yamaha, MT-09 SP ini akan dipasarkan di Eropah sekitar Mac 2021 namun tidak dapat dipastikan tarikh untuk pasaran Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]