Anggota TUDM Maut Kemalangan Berpunca Dari Jalan Berlubang Di Lorong Kiri

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui ajal selepas maut digilis lori apabila motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian yang di Jalan Kuching, semalam.

Menurut laporan media tempatan, mangsa, Mohd Husaini Mohd Nasir, 28 tahun, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang.

Bagaimanapun, sewaktu menunggang di lorong kiri Jalan Kuching, mangsa telah melanggar lopak air lantas menyebabkannya terbabas ke lorong kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menjelaskan mangsa kemudiannya telah digilis lori.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]