Honda CR-V Baharu Dilancarkan – Dari RM139 Ribu!

Kenderaan popular bagi segmen SUV, Honda CR-V baharu telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, hari ini.

Honda Malaysia telah pun membuka tempahan bagi CR-V baharu ini pada Oktober lalu dan telah pun menerima lebih 600 unit tempahan.

Menariknya, lebih 104,000 unit model pemasangan tempatan (CKD) ini telah pun terjual sejak 2003.

Honda CR-V yang dikemas kini bagi tahun 2020 ini dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menawarkan 190hp dan 243Nm.

Honda Malaysia turut memperkenalkan varian tertinggi yang didatangkan dengan sistem 4WD di samping lengkap dengan ciri penuh Honda SENSING yang merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control
  • Low Speed Follow
  • Forward Collision Warning
  • Collision Mitigation Braking System
  • Lane Departure Warning
  • Road Departure Mitigation
  • Lane Keep Assist System
  • Auto High Beam

Ciri lain yang telah dikemas kini adalah gril serba hitam dengan lampu LED Honda Signature, bampar depan baharu dengan wing-style fascia chrome, kemasan gelap di bahagian belakang, kemasan krom pada ekzos serta rim 18 inci dua tona.

Antara ciri keselamatan lain ditawarkan:

  • Enam beg udara
  • Hands-Free Power Tailgate
  • Remote Engine Start
  • Remote Retractable Door Mirrors
  • Honda LaneWatch
  • Emergency Stop Signal
  • ABS
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Agile Handling Assist (AHA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Electronic Brake Distributio (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Auto Brake Hold (ABH)
  • Walk Away Auto Lock
  • Driver Attention Monitor

Sementara itu Honda CR-V didatangkan dengan lima pilihan warna; Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan Platinum White Pearl (warna baharu).

Senarai harga Honda CR-V baharu mengikut varian adalah seperti berikut:

  • 1.5L TCP- 4WD : RM162,910.18
  • 1.5L TC-P 2WD : RM157,615.91
  • 2.0L 2WD : RM139,912.53