MotoGP: Lorenzo Angkat Kaki Ke Aprilia Musim Depan?

Advertisements

Baru-baru ini, Aprilia telah mencuri tumpuan apabila menggantikan Bradley Smith dengan Lorenzo Savadori.

Kini timbul dakwaan bahawa juara dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo sedang dalam perbincangan dengan pasukan dari Noale, Itali itu.

Difahamkan, Aprilia berminat mendapatkan khidmat Lorenz sebagai penunggang uji pasukan itu musim depan.

Lorenzo sertai Monster Energy Yamaha sebagai pelumba uji bagi musim 2020.

Bagaimanapun, dia hanya terlibat dengan satu sesi ujian sahaja di Portimao sejak ‘Winter Test’ di Sepang, itupun menggunakan jentera YZR-M1 2019.

Yamaha juga tidak menggunakan khidmat Lorenzo sewaktu Rossi diketepikan ekoran positif Covid-19 di Aragon.

Menurut laporan Speedweek, Lorenzo sedang dalam perbincangan dengan Aprilia tetapi segalanya bergantung kepada bayaran.

Sekiranya dakwaan ini benar, projek baharu bersama Aprilia akan membantu kedua belah pihak bagi menghadapi musim depan sepertimana yang dilakukan Dani Pedrosa terhadap KTM musim ini.

Persoalannya, jika Lorenzo angkat kaki ke Aprilia, siapakah yang bakal dipikat selaku pelumba uji pasukan itu musim depan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.