PDRM Kontinjen Selangor Terima Basikal Elektrik Dan Jet Ski, Pantau Pesisir Pantai

Polis Diraja Malaysia (PDMR) Kontinjen Selangor telah menerima 18 unit basikal elektrik serta 8 unit jetski bagi tujuan pemantuan pesisir pantai Selangor.

*Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi perkongsian di Facebook.

Menurutnya, basikal elektrik dan jetski itu bertujuan membantu pihak polis dalam mengenalpasti sebarang cubaan menceroboh sempadan oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan akan mula digunakan pada 1 November 2020 dengan kos RM1.15 juta.

Pada masa sama, kerajaan negeri Selangor turut membekalkan 100 unit PPE, 500 unit pelindung muka, 300 unit sarung tangan, 200 unit gaun dan beberapa kelengkapan lain kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor.

Usaha terbaru ini merupakan inisiatif kerajaan Selangor dalam menyahut usaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam sama-sama mengekang penularan Covid-19 di negeri ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply