Tonton Ducati World Premier 2021 Episod Pertama 4 November Ini!

Tahun lalu, kami berpeluang menghadiri Ducati World Premier 2020 di Rimini, Itali bersama-sama Ducati Malaysia.

*Ducati World Premier 2020 di Rimini, Itali

Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19 yang melanda tahun ini, Ducati mengambil pendekatan berbeza menerusi ‘web series’ lima episod bagi memperkenalkan model baharu yang akan dipasarkan tahun depan.

Episod pertama ‘web series’ itu akan ditayangkan bermula 4 November ini dengan episod seterusnya boleh disaksikan pada 11 ,18 dan 25 November sementara episod akhir boleh ditonton pada 2 Disember.

DWP merupakan platform Ducati untuk memperkenalkan kesemua jentera yang bakal dipasarkan – termasuk model konsep – yang sebelum ini hanya boleh disaksikan di EICMA.

Tahun lalu, kami menyaksikan pelancaran Ducati Streetfighter V4 dan Panigale V2 yang julung kali ditayangkan kepada umum.

*Pelancaran sulung Ducati Streetfighter V4

Bagaimanapun, tahun ini dijangka motosikal adventure, Multistrada V4 akan menjadi fokus utama di samping kemas kini mengenai beberapa model lain susulan penguatkuasaan Euro5 di Eropah.

Antara yang di canang termasuklah Monster baharu dan Panigale V2 R (khabar angin).

Segalanya bakal terjawab bermula 4 November ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]