SPYSHOT: KTM 390 Adventure Jalani Ujian Jalan Raya Di Malaysia!

KTM Malaysia hampir pasti melancarkan KTM 390 Adventure selepas jentera itu dirakam menjalani ujian jalan raya.

Beberapa imej yang memaparkan jentera tersebut menjalani ujian jalan raya tular di media sosial baru-baru ini.

Meskipun terselindung di sebalik warna serba gelap namun jelas memaparkan susuk motosikal adventure bersesaran kecil, KTM 390 Adventure.

Model tersebut walaupun belum dilancarkan di Malaysia namun telah pun didapati di negara lain awal tahun ini.

KTM 390 Adventure yang berkongsi enjin sama dengan 390 Duke merupakan jentera ADV yang diilhamkan daripada versi yang lebih besar, 790 Adventure yang telah pun dilancarkan awal 2019.

Meskipun sekadar bersesaran 373.2cc satu silinder yang menawarkan 43hp dan 37Nm namun masa yang diberikan terhadap pembinaan jentera tersebut membuktikan KTM memberi tumpuan sepenuhnya dalam menghasilkan jentera adventure segmen entry-level yang berkualiti.

Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Kerangka steel trellis
  • ABS dan Cornering ABS (Street dan Off-Road)
  • Paparan TFT
  • Rantai x-ring
  • Kaliper brek empat piston ByBre (By Brembo)
  • Fork depan WP boleh laras
  • Sistem KTM My Ride

Sementara itu, kami menjangkakan 390 Adventure ini akan didapati selewatnya hujung tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply