BMW Motorrad Malaysia Lancar R 18 – 1800cc, 158Nm!

BMW Motorrad Malaysia akhirnya melancarkan motosikal cruiser sulung, BMW R 18 untuk pasaran tempatan.

Diinspirasikan, daripada BMW R 5, BMW R 18 First Edition ini menawarkan ciri minimalis – tanpa sebarang teknologi canggih (termasuk cruise control) dengan enjin boxer menjadi tumpuan utama.

Terhad kepada 18 unit sahaja bagi pasaran Malaysia, rekaan R 18 tampak kontemporari sekaligus menjadikan gaya keseluruhan sebuah cruiser sejati.

Bagaimanapun, kesemua 18 unit First Edition telah pun terjual dengan BMW Motorrad Malaysia memaklumkan kumpulan kedua akan tiba sekitar November tahun ini dan akan dipasarkan awal tahun depan.

Menariknya, setiap pembelian BMW R 18 ini akan disertakan dengan kit aksesori untuk si penunggang yang merangkumi topi jenis trucker, buckle tali pinggang dengan lencana BMW dan beberapa item lain.

Enjin boxer 1,802cc 2-silinder – diberi jolokan Big Boxer – ini merupakan enjin boxer BMW paling berkuasa.

Enjin ini menghasilkan 91hp pada 4,750rpm dan 158Nm pada 3,000 hingga 4,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 180km/j.

Bagi menyerlahkan lagi rekaan klasik kontemporari R 18, sistem penyerap hentakan didatangkan dalam bentuk fork teleskopik dan central suspension strut boleh laras (preload) berbanding penyerap hentakan elektronik yang ditawarkan model BMW Motorrad lain.

Rekaan klasik dan unik turut dipertingkat dengan penggunaan drive-shaft terdedah.

Ergonomik tempat duduk juga diberi penekanan dengan BMW R 18 menawarkan tempat duduk yang santai termasuk bahagian footrest sekaligus menjamin tunggangan dan kawalan selesa bagi penunggang.

Antara ciri ditawarkan R 18:

  • tiga mod tunggangan (Rain/Roll/Rock)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • Engine Drag Control
  • Reverse Assist
  • Hill Start Control
  • Lampu LED dengan rekaan klasik
  • Keyless Ride

Pada masa sama, BMW menghasilkan R 18 dengan kebolehan untuk dikustom mengikut cita rasa pemilik.

BMW R 18 First Edition ini boleh didapati dengan harga RM149,500.

Setiap pembelian BMW R 18 First Edition akan didatangkan dengan waranti 3 tahun termasuk program bantuan tepi jalan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply