Vespa Primavera X Sean Wotherspoon Kini Di Malaysia – RM24,960!

Setelah sekian lama gambar kolaborasi di antara Vespa dan Sean Wotherspoon tular, akhirnya Vespa Primavera X Sean Wotherspoon dilancarkan di Malaysia.

Vespa Primavera X Sean Wotherspoon ini mencuri perhatian apabila julung kalinya dipertontonkan kepada dunia di Milan tahun lalu.

Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj mengenali Sean Wotherspoon sebagai ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat.

Sean Wotherspoon

Selepas mengukir nama dengan Nike menerusi Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon, dia bingkas menarik perhatian Vespa lantas lahirnya Vespa Primavera X Sean Wotherspoon.

Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon

Jika Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon menampilkan pelbagai letusan warna, Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon turut menampilkan impak sama dengan pilihan warna aquamarine, hijau, merah dan kuning serta puith dan panel berwarna hitam serta panel krom.

Menariknya, tempat duduk menggunakan bahan jenis baldu yang merupakan julung kalinya diguna pakai terhadap sebuah jentera dua roda.

Bagi mengetengahkan kolaborasi ini, beberapa aksesori lain turut akan diperkenalkan.

Vespa Primavera X Sean Wotherspoon edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM24,960.

Orang ramai yang mahu melihat dengan lebih dekat boleh kunjungi Crossover Sunway Pyramid bermula hari ini di samping mendapatkan aksesori dan pakaian.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply