Lelaki Simbah Air Bungkus Ikat Tepi Di Pondok Tol Dicekup

Advertisements

Tindakan seorang lelaki menyimbah air ke jurutol di pondok tol Lebuhraya Kesas yang tular di media sosial kelmarin telah pun berakhir dengan penangkapan individu terbabit.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman.

Risikin mendedahkan selain daripada tindakan menyimbah air, suspek turut menghamburkan kata-kata berbaur ugutan kepada jurutol dalam insiden yang berlaku jam 7 pagi itu.

Difahamkan, suspek memasuki lorong tol 30 untuk menambah nilai Tounch ‘n Go namun dimaklumkan oleh jurutol untuk melakukan sedemikian di lorong 28 yang merupakan lorong khas untuk tambah nilai.

Selepas membuat demikian, suspek berlalu pergi sebelum kembali semula di lorong 30 dua jam kemudian dan bertindak menyimbah air bungkus ke jurutol.

Sementara itu, pihak KESAS dalam satu kenyataan mendedahkan jurutol terbabit telah pun direhatkan dari bertugas ekoran terkesan dengan insiden tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – BH