Larangan Rentas Daerah Di Sabah Berkuatkuasa 3 Oktober Ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan larangan rentas negeri bermula 3 Oktober ini.

Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang setakat ini turut mencetuskan penularan baharu di Semenanjung.

Larangan rentas daerah tersebut akan berkuatkuasa sehingga 16 Oktober depan.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan,” jelasnya dalam kenyataan media.

Bagaimanapun, perkhidmatan perlu (essential services) akan terus dibenarkan melakukan rentas daerah.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dijalankan di empat daerah – Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna – kekal seperti biasa.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]