Tak Puas Hati Sering Banjir, Lelaki Ini Lepaskan Anak Ikan Di Laluan Motosikal

Seorang lelaki bertindak melepaskan sekumpulan anak ikan pelbagai jenis di terowong laluan motosikal Lebuhraya Persekutan.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana terowong motosikal itu telah pun banjir lebih tiga bulan lamanya.

https://www.facebook.com/102758861488996/videos/617575775581783

Video berdurasi 2 minit 36 saat itu jelas menunjukkan lelaki tersebut melepaskan beberapa beg plastik berisi anak ikan ke kawasan terbabit.

Tindakannya itu jelas merupakan satu bentuk sindiran kepada pihak berkuasa kerana tidak bertindak segera dalam memperbaiki laluan tersebut.

Video tersebut setakat ini telah pun merekodkan lebih 100 ribu tontonan.

Bagi yang kerap menggunakan laluan itu, terowong tersebut sudah lama tidak boleh digunakan sebaliknya penunggang motosikal dialihkan ke laluan sebelah kiri melintasi stesen minyak Petronas dan Shell sebelum kembali masuk ke laluan motosikal.

Bagaimanapun, penunggang perlu memperlahankan motosikal dan memerhatikan kenderaan lain yang cuba masuk ke stesen minyak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebelum meneruskan perjalanan dan kembali memasuki laluan motosikal seperti di atas.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]