Gambaran Penuh Triumph Trident 2021 Didedahkan, Hampiri Pelancaran!

Triumph Motorcycles hampir pasti melancarkan Trident 2021 apabila jentera itu kini memasuki ujian fasa akhir.

Kali pertama didedahkan pada Ogos lalu menerusi prototaip dengan rupa serba putih, kali ini Triumph bertindak mendedahkan jentera itu dalam bentuk pra-produksi.

Memakaikan livery ‘camo’ yang memaparkan lencana syarikat itu, imej baharu ini menampakkan Trident 2021 dalam keadaan yang sangat jelas.

Model ini tampak sama seperti prototaip sebelum ini namun menawarkan fungsi sepenuhnya sebagai sebuah motosikal.

Antara ciri jelas kelihatan adalah cermin sisi, lampu isyarat (kiri dan kanan), tempat letak nombor plat jenis tyre hugger dan penggunaan fork depan dari Showa.

Meskipun Trident ini tidak lah mengikut acuan sama seperti model terdahulu namun beberapa ciri ikonik masih lagi dikekalkan antaranya lampu depan dan paparan meter berbentuk bulat.

Menariknya, Triumph melabelkan Trident ini sebagai jentera ‘entry-level’ dengan harga kompetitif dalam usaha meluaskan portfolio jenama itu ke semua peringkat pembeli.

Menurut Triumph, Trident 2021 kini telah pun menjalani ujian terakhir di kilang Hinckley, United Kingdom dan maklumat lebih terperinci mengenai jentera ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]