Suzuki Belang 150 Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Suzuki Malaysia bakal mengembalikan model moped popular, Suzuki Belang Fi 150!

Suzuki Belang Fi 150

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB), hari ini.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3855841944460971

Walaupun sekadar memaparkan bahagian lampu depan namun jelas merujuk kepada Suzuki Belang 150!

Umum mengetahui Suzuki Belang merupakan antara jentera popular di rantau Asia Tenggara yang turut dikenali sebagai Raider R150 di Vietnam dan Satria F150 di Indonesia.

Suzuki Belang Fi ini menawarkan enjin 147.3cc dengan silinder tunggal yang menawarkan 18.2hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.

Info terbaru dari dari SMSB ini memberi bayangan bahawa Suzuki Malaysia serius untuk kembali lebih kuat dengan memfokuskan kepada model moped selain daripada jentera berkuasa tinggi.

Baru-baru ini SMSB turut berkongsi bahawa mereka bakal melancarkan model GSX-R untuk pasaran tempatan namun masih belum dipastikan model sesaran enjin mana yang akan diperkenalkan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]