Cubaan Lari Dari Sekatan Polis Berakhir Dengan Mati Lemas

Dua lelaki disahkan mati lemas apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam tali air dalam percubaan melarikan diri daripada sekatan polis di Utan Aji, Kangar, hari ini.

Kedua-dua mangsa – yang disyaki penjenayah – sedang menaiki kereta jenis Honda Civic sebelum ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Lencongan Dua Kangar sekitar jam 10 pagi.

Mereka bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan dan bertindak melarikan diri namun dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1696863853824651

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, kereta suspek kemudiannya melalui tali air lalu terbabas.

“Orang awam yang melihat kejadian berkenaan cuba membantu mengeluarkan mereka dan ketika dikeluarkan, kedua-duanya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” jelasnya.

Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Sementara itu, hasil pemeriksaan lanjut mendapati Honda Civic terbabit adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]