CFMoto Melancarkan 1250RT-G, Bernadikan Enjin KTM LC-8 1279cc

Kerjasama CFMoto bersama KTM mula membuahkan hasil apabila memperkenalkan 1250RT-G di China International Motorcycle Exhibition (CIMA) 2020.

Muncul julung kalinya sebelum ini sebagai jentera khas milik pihak polis negara itu, CFMoto akhirnya perkenalkan 1250RT-G untuk orang awam.

Motosikal segmen ‘grand tourer’ ini merupakan jentera paling berkuasa ditawarkan CFMoto hasil bantuan enjin KTM LC-8 1,279cc yang menawarkan 140hp dan 121Nm.

Selain daripada enjin, kerjasama CFMoto-KTM turut menyaksikan penggunaan teknologi dan sistem yang premium antaranya penggunaan kaliper brek radial Brembo, fork depan dan penyerap hentakan belakang WP.

Bukan itu sahaja, 1250RT-G juga menawarkan sistem audio JBL terbina dan paparan TFT berukuran 12.3 inci yang memaparkan info tekanan tayar dan tetapan sistem ‘suspension’, empat mod tunggangan, sistem navigasi dan multimedia.

Menariknya, sistem Bluetooth turut didatangkan secara standard selain daripada penghadang angin boleh laras.

Difahamkan, CFMoto 1250RT-G akan dipasarkan awal tahun 2021 dengan tiada sebarang harga rasmi diumumkan lagi setakat ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]