Tak Rugi Satu Sen Pun Kalau Berhenti Di Lampu Merah – Azizulhasni

Baru-baru ini, hangat dibincangkan mengenai trend berbasikal di Malaysia.

Terbaru, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan lesen dan nombor plat bagi penunggang basikal susulan aktiviti itu kini dibawa ke jalan raya awam termasuk lebuhraya.

Atlet berbasikal negara dan ranking nombor dua dunia keirin, Azizulhasni Awang kemudian berkongsi pendapatnya di laman Facebook mengenai isu berbasikal di Malaysia.

Kini, Azizul – dengan jolokan The Pocket Rocketman – bersuara sekali lagi, kali ini menegur penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya.

Azizul dalam perkongsian terbarunya, membangkitkan beberapa isu kepada penunggang basikal termasuk yang melakukan kayuhan secara semberono.

https://www.facebook.com/41189391704/posts/10157584161916705/

“Disini saya memohon jasa baik kepada semua yang berkayuh basikal, sama ada mereka yang melakukan kayuhan sosial, kayuhan untuk kesihatan mahupun mereka yang berkayuh secara kompetitif,
tolong patuhi peraturan jalan raya!” tegas Azizul.

Bekas juara dunia keirin 2017 itu turut menyelar penunggang basikal yang gagal mengikut peraturan jalan raya seperti rakaman video ‘dashcam’ yang dikongsikan.

“Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya (kayuh macam atuk nenek die punye jalan).

“Kita rasa kita hebat atas jalanraya tapi kalau kene langgar dengan kenderaan lain macam mana?,” tambahnya.

Kumpulan penunggang basikal berhimpun dengan tepi jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain di Puncak Genting Peras, Ulu Langat.

Pada masa sama, Azizul turut meminta penunggang basikal untuk menghormati pengguna jalan raya lain.

“Tolong ‘respect’ pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’.

“‘Respect is earned, not given,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, PDRM turut menegaskan bahawa kesalahan menunggang di lebuhraya boleh berdepan denda tak lebih RM1,000 dan penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply