McLaren 765LT Mendarat Di Malaysia, Semua 10 Unit Telah Terjual – RM1.4 Juta

Advertisements

McLaren 765LT kini telah pun mendarat di Malaysia apabila dilancarkan di pusat pameran McLaren Kuala Lumpur, hari ini.

McLaren 765LT ini dibina berdasarkan model 720S dan meskipun nama LT itu merujuk kepada F1 GTR Longtail yang beraksi di FIA GT Championship pada 1995 dan memenangi lebih 38 perlumbaan namun dalam kes 765LT ini, lebih merujuk kepada jentera berprestasi tinggi.

Jika McLaren 720S disamakan dengan Tony Stark maka 765LT merupakan Tony Stark memakai sut Iron Man Mark 85.

Model ini adalah lebih panjang namun lebih 80 kilogram ringan dan didatangkan dengan sistem elektronik canggih yang menawarkan ‘downforce’ 25 peratus lebih tinggi berbanding McLaren 720S.

McLaren 765LT ini dikuasakan dengan enjin 4.0 Liter V8 yang menjana 765hp dan segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 7-kelajuan klac berganda.

Bagi memastikan sistem membrek tidak gagal dalam menangani kuasa enjin, 765LT dilengkapi sistem brek yang sama terdapat pada McLaren Senna dengan corong penyejuk yang diinspirasikan daripada teknologi Formula 1.

Menurut McLaren hanya 765 unit dihasilkan untuk seluruh dunia dan hanya 10 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan apa yang mengejutkan kesemuanya telah pun terjual dengan harga RM1.48 juta (sebelum cukai).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.