Zeus Helmet Perkenalkan Helmet Gentian Karbon Mampu Milik – Dari RM650!

Advertisements

Zeus Helmet Malaysia telah melancarkan model helmet baharu yang menggunakan bahan gentian karbon (carbon fiber) untuk pasaran tempatan.

ZS-1800B

Dua model helmet gentian karbon baharu itu merangkumi ZS-1800B (full-face) dan ZS-608 (open-face).

Memfokuskan terhadap menawarkan helmet mampu milik, ZS-1800B merupakan helmet jenis gentian karbon Toray paling murah dipasaran apabila hanya ditawarkan pada harga RM950.

Bagaimanapun, Zeus Helmet turut menawarkan versi edisi terhad – dengan hanya 100 unit dihasilkan – yang ditawarkan pada harga RM1,200.

Bukan itu sahaja, 100 helmet terbabit didatangkan dengan sijil dan kod 001/100 di bahagian belakang dengan helmet berkod 001/100 ditawarkan pada harga RM8,888 yang kemudiannya akan disalurkan ke badan amal.

Antara ciri menarik lain:

  • Sistem Penyejuk Zeus dengan 7 corong udara
  • visor 2D
  • rear spoiler boleh laras
  • bamboo charcoal fibre liner (anti-bau dan bakteria
  • sun visor
ZS-608

Sementara itu, Zeus Helmet Malaysia turut menawarkan ZS-608 yang merupakan helmet gentian karbon jenis open-face.

Ini bermakna penunggang motosikal bukan sahaja menerima ciri keselamatan dan ketahanan terbaik malah sesuai digunakan setiap hari ini.

Helmet dengan berat 1,230 gram ini menawarkan harga serendah RM650!

Menariknya, kesemua helmet ini mendapat piawaian ECE22.05 sekaligus tahap keselamatan ditawarkan model ini adalah terjamin.

ZS-1900B

Pada masa sama, Zeus Helmet turut melancarkan helmet jenis gentian kaca (fiberglass) menerusi ZS-1900B.

ZS-1900B

Pelbagai varian warna ditawarkan dengan harga hanya sekitar RM580 dengan berat 1,380 gram.

Orang ramai yang berminat boleh layari www.zeus-helmets.com.my