MIROS Cadang Wujudkan Lesen, Nombor Plat Untuk Basikal

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mencadangkan agar perkenalkan nombor plat dan lesen bagi penunggang basikal.

Cadangan itu dibangkitkan susulan tular beberapa isu membabitkan penunggang basikal baru-baru ini yang kelihatan menjalankan aktiviti di lebuhraya.

https://www.facebook.com/mirosroadsafety/photos/a.10150194163135392/10164498194670392/

Senario itu turut mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menyifatkan tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang lain.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim dalam usaha menjaga keselamatan penunggang basikal daripada terdedah dengan kemalangan di jalan raya.

“MIROS sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ia menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Aktiviti berbasikal menjadi trend di Malaysia ketika ini dengan rata-rata memilih untuk melakukan kayuhan jauh sehingga puluhan kilometer berbanding kayuhan konvensional di kawasan perumahan, taman dan pusat rekreasi. – Utusan Malaysia

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply