Moto2: Jorge Martin Positif Covid-19, Terlepas Aksi Misano

Dorna mengesahkan pelumba KTM Ajo, Jorge Martin akan terlepas aksi di Misano susulan didapati positif Covid-19.

Martin kini berada di rumah bagi menjalani proses kuarantin dengan pemeriksaan perubatan mendapati dia berada dalam keadaan sihat.

Red Bull KMT Ajo terlebih dahulu mengesahkan bahawa Martin – yang menduduki tangga ketiga kejuaraan dengan 79 mata – tidak akan beraksi di Misano susulan positif pandemik itu.

Bagaiamanapun, Dorna turut mendedahkan seorang lagi individu (mekanik) turut didapati positf namun tidak dinyatakan daripada pasukan mana.

Dorna dalam satu kenyataan menjelaskan, ” Dua invidivu telah disahkan positif Covid-19.

“Seperti yang diumumkan Red Bull KTM Ajo, pelumba Moto2, Jorge Martin didapati positif diikuti seorang mekanik daripada pasukan lain.

“Kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang simpton (asymptomatic) dan kini menjalani isolasi.

“Kami mengharapkan mereka cepat sembuh dan berharap akan kembali ke paddok MotoGP secepat mungkin.”

MotoGP telah menjalankan lebih 14,000 pemeriksaan Covid-19 sejak GP Sepanyol setakat ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]